Friday, September 2, 2011

berfikir jauh di pg 4 syawal..

Jam sudah pukul 230pg, aku baru blk dr beraya di Kg Endah, Morib. Rumah saudara sblh abah. Rumah kakak2 abah yg saya gelar Wak. Sbb saya keturunan jawa, walaupun x pandai berbahasa jawa. Tiba2 apabila melihat wak2 saya yg rata2 dah berumur lingkungan 60-70an. Kebanyakan mereka ini sudah x berapa sihat, selalu sakit2 biasalah dah tua. Saya terfikir apakah apabila saya sempat tua seperti mereka, dpt melihat cucu cicit berlari keriangan apabila beraya? Melihat mereka memcapai impian masing2 kelak.

Apabila tiba di gemas N9, saya melihat datuk saya (sblh emak) yg tinggal bersama kami ini sedang sakit, merintih di waktu pg kesakitan, hati saya terdetik. Apakah bila saya tua dan sakit2 nanti ada anak2 yg ingin menjaga saya sepertimana ibu saya yg menjaga datuk saya sekarang ini. Atau mereka akan membiarkan saya kesunyian di usia tua saya dirumah org tua2 atau hospital sahaja.

Otak muda saya ini terdetik sayu dan mula berfikir...
Cukup ke amalan yg akan saya bw kelak utk bekalan di dunia yg satu lg. Saya jarang berfikir mendalam ttg masa depan saya yg tidak di ketahui apa yg doitentukan oleh yg Maha Esa...

Melawat org2 tua yg bertalian darah dgn saya ini, menginsafkan diri dan mengingatkan say pd kematian. Memang ada pahalanya apabila kita teringat akan kematian. Dulu masa kecil2 ramai sepupu2 saya bermain sama2, ramai bapa2/ibu2 saudara di rumah arwah datuk dan nenek. Kini seorg demi seorg sudah tiada. Pergi menemui Nya. Apabila melawat mereka dirumah masing2 sudah x berdaya bekerja atau bergerak bebas seperti kita org2 muda. Malah Abah saya sendiri br lps menjalani pembedahan beberapa bulan yg lps, akibat sakit jantung. Beliau pun x secergas dahulu.

Kita juga akan sampai diusia ini (jika di izin Allah). Ajal dan maut ditangan Allah. Maka saya berfikir dan meluahkan disini. Dah lama saya x tulis apa2, tiba2 rasa ini harus di luahkan walau tiada siapa2 pun yg membaca.

Dikubur tadi kami sekeluarga bertahalil ringkas, utk arwah datuk dan nenek. Abah mengepalainya. Terfikir lg, apabila saya mati kelak adakah anak2 atau cucu2 saya dtg kekubur utk mensedekahkan al-fatihah atau yasin, tahlil dah sebagainya utk saya? Emosi dan fikiran saya pergi jauh kedepan memikirkan ttg diri apabila sudah tiada di dunia yg fana ini. Teringat kata2 seorg Imam ketika bertarawih hari tu. "Apabila mati seorg anak adam itu hanya tiga perkara yg mengiringi nya.1.amalannya(juga ilmu),2.doa anak2 yg soleh,3.sedekah yg dilakukan"
Cukup kah Amalan? Daptkah anak2 yg Soleh? Adakah Sedekah saya itu ikhlas dan diterima Nya?

Kita hanya mampu merancang kehidupan di dunia ini dan megharap kepada kebahagian di akhirat kelak.

"Ya Allah tunjukan aku jalan yg engkau redhai, ampunkan dosa2 ku. Kurniakan aku isteri yg solehah dan anak2 yg soleh dah solehah. Terimalah amalan ku di dunia ini. Amin ya rabbal alamin..."

No comments:

Post a Comment